CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, May 17, 2010

Pengalaman pertama kali mengandung

Posted by Zaza at 7:12 AM
Assalamualaikum Zulaikha....
Ibu sibuk sangat bulan ni
Cuma dapat buat satu entry dekat blog ibu. Wish nenek Happy Mother's Day...
Ibu dah janji nk buatkan blog ni untuk Zulaikha, so ibu akan buat satu entri hari ni...
Zulaikha pn dh tdo...mulut ternganga...kaki terkangkang...haha
Tak senonoh anak dara ibu...nasib nak pakai selimut. Selalu kalau ibu selimutkan zulaikha, nanti zulaikha mengamuk sambil buang selimut.
Ish2.....
Ikut perangai ayah lah tu +_+


Tak sedar diri ibu mengandung
Masa first time mengandungkan Zulaikha, ibu tak tau pun yang ibu mengandung
Sebab ibu tak ada loya2 atau muntah2
Ibu sihat aje macam biasa. Makan pun macam biasa (or maybe bertambah makannya ;p)
Jalan pun laju aje macam orang tak mengandung. Lagipun kalau awal mengandung, memang tak banyak beza....
Perut pun tak nampak lagi. Masih boleh pakai jeans lagi..


Jalan-jalan to Tioman Island ketika kandungan usia 6 minggu
Seminggu sebelum dapat tau ibu mengandung, ibu pergi Pulau Tioman dengan ayah dan kawan2 ibu
Siap naik speed boat lagi. Pergi snorkelling walaupun ibu tak tau berenang.
Orang lain snorkel 1 jam, ibu snorkel 5 minit dah penat hehe
Nanti Zulaikha besar, ibu nak hantar Zulaikha pergi kelas berenang. So takdelah jadi macam ibu yang takut air.


Cantik kan coral ni Zulaikha?
Ibu snap gambar ni masa tgh snorkelling
haa..sebab tu Ibu nak suruh Zulaikha belajar swimming...:)
So nanti boleh tengok coral yang cantik macam ni...



Lepas snorkel, speed boat yang ibu naik tu terumbang ambing dekat tengah laut sebab masa tu hujan lebat. Tempat duduk dalam speed boat tu semua kayu so bila terhentak-hentak tu memang sakit.
Alhamdulillah Zulaikha tak apa2...
Masa tu memang ibu rasa letih sangat. Nak buat aktiviti pun tak berapa larat.
Bila bagitau ayah yang Ibu dah 2 bulan tak datang period, ayah bawak ibu pergi checkup, and Doctor confirm ibu mengandung 6 minggu...
Masa ni ibu risau sangat sebab teringatkan masa naik speed boat tu, ibu terhentak2


Alahan makanan menyumbang berat badan maksimum
Lepas dapat tahu ibu mengandung, ibu langsung tak boleh makan nasi.
Dekat 2 bulan juga ibu cuma makan Megi bihun pama
Kalau bau nasi pun ibu rasa loya semacam


Bihun PAMA kegemaran ibu
Sampai masa mengandung pun ibu boleh makan ni aje!



Ibu bukan makan bihun ni aje, banyak benda lagi ibu makan. Terlebih.
Sebab tu sebelum mengandung berat ibu 52kg, tapi sampai cukup 9 bulan mengandung, berat ibu 70kg hehehhehe...
Sekarang waktu ibu menaip entri ni, berat ibu 56 kg. Hoh
Gemik.


Gambar yang menguatkan dakwaan kegemikan ibu


Kesukaan ibu masa mengandung
Masa mengandung, ibu banyak habiskan masa dengan baca novel bersiri Twilight
Waktu petang ibu akan jalan2 dekat depan rumah. Memang ibu amalkan terapi berjalan ni supaya senang masa bersalin nanti.
Kalau pergi kerja pulak, ibu suka pakai Mascara. Maybe sebab tu kot bulu mata Zulaikha lentik. Tak payah susah payah pakai mascara macam ibu huhu


Ibu have a baby girl!
Bila dah 8 bulan mengandung, ibu pergi checkup dekat Puteri Specialist
Ibu jumpa Doktor Noraini.
Doktor ni nampak tegas, tapi dia akan jawb setiap pertanyaan ibu dengan lengkap, siap dengan pamplet sekali
Ibu puas hati consult dengan Doktor Nor ni.

Bila dah jumpa dengan doktor pakar, ibu buat ultrasound untuk tengok kedudukan Zulaikha
dalam perut ibu.
First time scan, Zulaikha berpusing, so tak nampak pun tanda sama ada baby dalam perut ibu lelaki atau perempuan.
Ibu tak nak tau jantina ape, tapi Ayah beria-ria nak tau.
Then Doktor Nor kata "Baby Girl"
Walaupun masa tu tak nampak tanda apa2, dan Zulaikha pun berpusing, Doktor Nor kata dari segi cara Zulaikha duduk dalam perut ibu tu menunjukkan ia adalah Baby Girl.
Nampaknye betul kata Doktor Nor..+_+


Doktor Nor juga sahkan yang so far ibu dan Zulaikha sihat. Ibu boleh mengandung normal dan Zulaikha juga tak mengalami masalah sumbing.

Walaupun ketika mengandung ibu rasa penat, cepat keletihan, kaki bengkak2, peha sakit bila bangun tido, ibu rasa bersyukur sangat sebab Allah mudahkan urusan ibu semasa mengandung dan melahirkan Zulaikha dan Ibu dapat anak yang sihat dan comel....

Alhamdulillah...Syukur kepada Allah...
Amin...



5 comments:

With Julia on September 20, 2011 at 12:52 AM said...

seronok yer baca blog pengalaman ibu mengandung..terasa mcm zulaika membaca bersama2 dgn ibunya..syukur semua yer selamat...with julia suka dgn blog nih ;)

saleha on October 19, 2011 at 4:46 AM said...

So sweet... rase sebak plak ble baca entry nie. Well lps nie mudahan saya pun dapat menulis entry mcm nie. Sgt berharap... Mudahan Zulaikha jd anak yang solehah

Anonymous said...

nape yer pas dah tau pregnant, rase tak selera makan nasik? makan benda lain selera je tp bukan nasik...

cplud miera on March 19, 2012 at 11:25 PM said...

alhamdulillah.. best sgt bc entry nih... aunty cplud doakan zulaikha menjadi insan yg solehah. amin

Jeheyr on May 11, 2012 at 2:16 PM said...

salam.. sy dan wife kt krabi skng.. sy xleh tdo sbb pg bsok nk naik speedboat pusing2 pulau kt sini.. yg 3enjin punya la.. wife plak positive mngandung 6mggu.. tkotnya.... dh la ni first baby...

Post a Comment