CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, March 6, 2012

Happy 3rd birthday Zulaikha

Posted by Zaza at 8:09 AM 0 comments

Assalamualaikum anak ibu,

Hari ni genap umur zulaikha 3 tahun. You are 3 years old!! Happy birthday to you!!

Have a happy birthday with ibu and ayah. May we become the best parents that you could ever have and we pray that you will continue to be the heart-warming, funny and bright daughter you always been.

Ibu and Ayah love you so very much!!

Insya-Allah next year we'll be celebrating your birthday together in our very own new home..

Friday, March 18, 2011

Pesan ibu untuk Zulaikha yang dah umur 2 tahun

Posted by Zaza at 9:45 PM 0 comments
Assalamualaikum Zulaikha...
Dah lama ibu tak tulis apa2 dalam blog zulaikha ni
Ibu sibuk keje...huhu...pastu malam2 ibu letak aje kepala kat bantal, terus tidur sampai pagi...
Kekadang mandi pun tak lagi, terus tetidur...
Mungkin faktor umur dah lanjut kot...+_+

hari ni umur Zulaikha 2 tahun 12 hari tau...

dah macam2 zulaikha pandai...
Dah pandai nyanyi lagu air pasang pagi, papaku pulang dari kota, lompat si katak lompat, cik mamat ada kebun...:)
Dah pandai ambil air sembahyang, solat...
Dah pandai azan, baca doa sikit2...+_+ tiap2 petang mesti zulaikha nak tengok azan
Pukul 6:30 dah nak tengok azan, pastu zulaikha ngamuk2 bila cakap azan tak ada...
Bukan nenek/ibu/ayah tipu...memang betul 6:30 petang orang tak azan lagi....:)

pagi tadi ibu telefon, zulaikha tengah bersenam...hehe

Sekarang zulaikha masih duduk dengan nenek..
Nanti tiba masa sesuai..ibu bawak zulaikha duduk dengan ibu..
Harap masa tu zulaikha tak takut dengan orang lagi....
Ibu susah hati nak hantar zulaikha ke taska sebab zulaikha memang takut sangat dengan orang yang tak dikenali
So nanti zulaikha dah besar sikit, ibu dengan ayah hantar zulaikha pergi taska, jangan nangis tau!
Jangan takut2 lagi....:)
So nanti kita satu family dapat duduk sama2...
::Happily Ever After...::

Walaupun setiap hari ibu susah hati fikir pasal zulaikha, ibu percaya kalau kita selalu berdoa minta pada Allah s.w.t. , akan dipermudahkan jalan kita dalam setiap hal...
jadi ibu selalu doa agar dipermudahkan urusan kita sekeluarga dunia akhirat...Amin...

Pesan Ibu untuk anak ibu:
Semoga menjadi anak yang baik dan mudah menerima didikan..
Semoga Zulaikha menjadi permata hati ibu dan ayah, atuk dan nenek...
Semoga ibu dan ayah menjadi ibu bapa yang terbaik untuk Zulaikha...

Sayang anak ibu...:)





Tuesday, October 19, 2010

Nak tudung, bu!

Posted by Zaza at 10:46 PM 0 comments
Assalamualaikum Zulaikha...

hari ni ibu nak buat entri pasal zulaikha suka bergaya dengan tudung
^_^

Betul lah kata pepatah
Hendak melentur buluh biarlah dari rebung
Maksudnya: kalau hendak mendidik seseorang, hendaklah dari masa kecilnya...
Kenapa?
Sebab...kalau dah besar baru nak di didik, akan jadi susahlah...
sama macam rebung tu, kalau dah jadi buluh, susah lah nk lentur kan dia
kalau dah jadi dewasa, makin susah lah nak dengar cakap ibu...sebab degil, keras kepala semua ada
huhu


Kenapa ibu cakap mcm tu?
Sebab untuk hal pakai tudung ni, ibu tak pernah suruh Zulaikha pakai
Zulaikha yang mintak hendak pakai tudung
Mungkin sebab tiap-tiap hari nampak ibu dan nenek pakai tudung
Zulaikha nak pilih sendiri tudung
Kalau ibu atau nenek pilihkan tudung, kadang-kadang zulaikha tak nak
Lepas tu kena letak brooch cantik-cantik hehe


Alhamdulillah...bagus lah Zulaikha pakai tudung
Tapi ibu harap Zulaikha pakai tudung bila dah besar nanti
Bila dah tau kenapa kena pakai tudung, bukannya pakai tudung sebab ikut-ikut ibu..
Kalau Zulaikha kekal pakai tudung sampai besar nanti, Amin....
Jangan macam ibu, dah tua bangka baru sibuk-sibuk nak bertudung

okeh....

Sila enjoy gambar-gambar zulaikha yang serba bergaya lah
hehe




ni gambar masa umur Zulaikha 1thn 6 bulan...
ni belum mandi lagi, tapi dah sibuk nak pakai tudung +_+






ni umur zulaikha 1 tahun 5 bulan...
sebab tudung panjang sangat, nenek kena ikat tudung tu kat leher
bagi tudung lain tak nak. zulaikha nak tudung ni jugak





ni zulaikha umur 1 tahun 7 bulan
ada gaya model kanak-kanak tak hehe







ni baru je ibu ambil gambar ni
zulaikha sibuk nak keluarkan CD dari CD case ibu dalam kereta
pastu abis CD tu zulaikha gigit
dah tak boleh dengar dah lagu dalam CD tu...huhu







tak silap ibu ni lah first time zulaikha nak pakai tudung
time ni umur zulaikha 1 tahun 3 bulan...hehe
tudung ni nenek pakaikan






haha...dalam gambar ni pun zulaikha belum mandi
ni gambar 1 tahun 3 bulan






ibu suka gambar ni...
nampak macam anak yang mendengar kata...
tapi tu nenek dok pegang tangan zulaikha sebab zulaikha nak turun dari pintu sendiri






okeh zulaikha....orang yang dah boleh bawak kereta, kat mulut dia tak ada botol susu tau!!!
hehe



okay anak ibu.....tata...
nanti ibu post entri lagi ok!!

Friday, May 28, 2010

Aksesori anak pompuan

Posted by Zaza at 12:07 PM 0 comments
Assalamualaikum zulaikha...
Seperti biasa ibu akan post entry dekat blog bila zulaikha dah tido...
Kalau tak tido lagi, ibu tak boleh bukak laptop, nanti zulaikha pun nak menaip sama..+_+

aksesori (in malay) atau accessories (in english)
semenjak zulaikha hadir dalam hidup ibu, ibu selalu belikan barang setiap kali keluar..
tak kisahlah murah atau mahal...tapi mesti belikan something untuk zulaikha
ayah pun begitu...

Ibu suka tengok zulaikha pakai topi dan scarf rambut...
and pagi tadi ibu beli topi yang ada rambut palsu untuk zulaikha hehehhe...



rambut palsu kat topi ala-ala Burberry ni di tocangkan...
heeee...suka ibu nampak zulaikha mcm ada rambut panjang...
ada gaya gadis melayu terakhir tak? ;p






babai-babai....



Selain dari topi rambut palsu tu, ibu suka jugak bila zulaikha pakai scarf..topi...macam kat bawah ni...




hee...comel anak ibu...
tapi rambut ada sikit macam superman hehe





susah payah ibu cari topi ni sebab nenek kata topi zulaikha semua dah tak muat..
yelah semua topi dari masa zulaikha baby lagi...
so ibu pergi cari dekat Jusco bukit indah..tapi takde jual topi comel pn...
akhirnya ibu jumpa topi ni dekat farmasi gelang patah...+_+






ibu memang suka topi ada telinga
look so cute...hehe
tapi ni topi yang Mak Su bagi






gambar favorite ayah..
masa ni umur zulaikha 5 bulan lebih...
ada gaya model tak topi ni eheh



Ni pulak All time favorite. Gambar ibu paling suka
hehe
..
..
..








* jangan marah ibu hehehe *



okay....gudnite zulaikha...


Monday, May 17, 2010

Pengalaman pertama kali mengandung

Posted by Zaza at 7:12 AM 5 comments
Assalamualaikum Zulaikha....
Ibu sibuk sangat bulan ni
Cuma dapat buat satu entry dekat blog ibu. Wish nenek Happy Mother's Day...
Ibu dah janji nk buatkan blog ni untuk Zulaikha, so ibu akan buat satu entri hari ni...
Zulaikha pn dh tdo...mulut ternganga...kaki terkangkang...haha
Tak senonoh anak dara ibu...nasib nak pakai selimut. Selalu kalau ibu selimutkan zulaikha, nanti zulaikha mengamuk sambil buang selimut.
Ish2.....
Ikut perangai ayah lah tu +_+


Tak sedar diri ibu mengandung
Masa first time mengandungkan Zulaikha, ibu tak tau pun yang ibu mengandung
Sebab ibu tak ada loya2 atau muntah2
Ibu sihat aje macam biasa. Makan pun macam biasa (or maybe bertambah makannya ;p)
Jalan pun laju aje macam orang tak mengandung. Lagipun kalau awal mengandung, memang tak banyak beza....
Perut pun tak nampak lagi. Masih boleh pakai jeans lagi..


Jalan-jalan to Tioman Island ketika kandungan usia 6 minggu
Seminggu sebelum dapat tau ibu mengandung, ibu pergi Pulau Tioman dengan ayah dan kawan2 ibu
Siap naik speed boat lagi. Pergi snorkelling walaupun ibu tak tau berenang.
Orang lain snorkel 1 jam, ibu snorkel 5 minit dah penat hehe
Nanti Zulaikha besar, ibu nak hantar Zulaikha pergi kelas berenang. So takdelah jadi macam ibu yang takut air.


Cantik kan coral ni Zulaikha?
Ibu snap gambar ni masa tgh snorkelling
haa..sebab tu Ibu nak suruh Zulaikha belajar swimming...:)
So nanti boleh tengok coral yang cantik macam ni...



Lepas snorkel, speed boat yang ibu naik tu terumbang ambing dekat tengah laut sebab masa tu hujan lebat. Tempat duduk dalam speed boat tu semua kayu so bila terhentak-hentak tu memang sakit.
Alhamdulillah Zulaikha tak apa2...
Masa tu memang ibu rasa letih sangat. Nak buat aktiviti pun tak berapa larat.
Bila bagitau ayah yang Ibu dah 2 bulan tak datang period, ayah bawak ibu pergi checkup, and Doctor confirm ibu mengandung 6 minggu...
Masa ni ibu risau sangat sebab teringatkan masa naik speed boat tu, ibu terhentak2


Alahan makanan menyumbang berat badan maksimum
Lepas dapat tahu ibu mengandung, ibu langsung tak boleh makan nasi.
Dekat 2 bulan juga ibu cuma makan Megi bihun pama
Kalau bau nasi pun ibu rasa loya semacam


Bihun PAMA kegemaran ibu
Sampai masa mengandung pun ibu boleh makan ni aje!



Ibu bukan makan bihun ni aje, banyak benda lagi ibu makan. Terlebih.
Sebab tu sebelum mengandung berat ibu 52kg, tapi sampai cukup 9 bulan mengandung, berat ibu 70kg hehehhehe...
Sekarang waktu ibu menaip entri ni, berat ibu 56 kg. Hoh
Gemik.


Gambar yang menguatkan dakwaan kegemikan ibu


Kesukaan ibu masa mengandung
Masa mengandung, ibu banyak habiskan masa dengan baca novel bersiri Twilight
Waktu petang ibu akan jalan2 dekat depan rumah. Memang ibu amalkan terapi berjalan ni supaya senang masa bersalin nanti.
Kalau pergi kerja pulak, ibu suka pakai Mascara. Maybe sebab tu kot bulu mata Zulaikha lentik. Tak payah susah payah pakai mascara macam ibu huhu


Ibu have a baby girl!
Bila dah 8 bulan mengandung, ibu pergi checkup dekat Puteri Specialist
Ibu jumpa Doktor Noraini.
Doktor ni nampak tegas, tapi dia akan jawb setiap pertanyaan ibu dengan lengkap, siap dengan pamplet sekali
Ibu puas hati consult dengan Doktor Nor ni.

Bila dah jumpa dengan doktor pakar, ibu buat ultrasound untuk tengok kedudukan Zulaikha
dalam perut ibu.
First time scan, Zulaikha berpusing, so tak nampak pun tanda sama ada baby dalam perut ibu lelaki atau perempuan.
Ibu tak nak tau jantina ape, tapi Ayah beria-ria nak tau.
Then Doktor Nor kata "Baby Girl"
Walaupun masa tu tak nampak tanda apa2, dan Zulaikha pun berpusing, Doktor Nor kata dari segi cara Zulaikha duduk dalam perut ibu tu menunjukkan ia adalah Baby Girl.
Nampaknye betul kata Doktor Nor..+_+


Doktor Nor juga sahkan yang so far ibu dan Zulaikha sihat. Ibu boleh mengandung normal dan Zulaikha juga tak mengalami masalah sumbing.

Walaupun ketika mengandung ibu rasa penat, cepat keletihan, kaki bengkak2, peha sakit bila bangun tido, ibu rasa bersyukur sangat sebab Allah mudahkan urusan ibu semasa mengandung dan melahirkan Zulaikha dan Ibu dapat anak yang sihat dan comel....

Alhamdulillah...Syukur kepada Allah...
Amin...



Wednesday, April 28, 2010

Ibu create this blog for Zulaikha

Posted by Zaza at 8:16 AM 1 comments
Assalamualaikum Zulaikha...
Hari ni tergerak hati ibu nak buatkan satu blog khas untuk zulaikha..
Blog ni akan ceritakan pasal perkembangan zulaikha. So nanti zulaikha dah besar, boleh tengok...
Baru zulaikha tau ibu dengan ayah sayang sangat dekat zulaikha...

Muahsss...

Sayang anak ibu